Friday, April 28, 2017

TUMBUHAN DIANCAM KEPUPUSAN


ANGGERIK MERPATI




Anggerik merpati merupakan antara orkid liar yang paling mudah dijumpai di Malaysia. Ia merupakan sejenis tumbuhan epifit , iaitu pokok penumpang yang tidak akan menyerap makanan daripada pokok yang ditumpangnya kerana ia mampu membuat makanan sendiri. Ia paling mudah dijumpai tumbuh pada dahan kayu yang telah tua. Antara pokok-pokok yang biasa ditumpang oleh anggerik merpati ialah pokok durian, pokok getah dan pokok kelapa sawit. Kelebihan orkid ini ialah bunganya yang berwarna putih mempunyai bau yang sangat harum. Sayangnya keharuman kuntuman orkid ini hanya boleh bertahan dalam masa 2 hari sahaja. Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak selalunya selepas hujan lebat yang turun selepas cuaca panas yang berpanjangan.


ANGGERIK SELIPAR






Anggerik ini merupakan spesis anggerik yang paling jarang di temui di dunia,dan ia di gelar sebagai "Anggerik Selipar"oleh rakyat malaysia dan "Paphiopedilum Barbatum" adalah nama saintifiknya.Di negara kita,Anggeri Selipar hanya boleh di temui di sekitar puncak Gunung Ledang.


PERIUK KERA


SPESIES tumbuhan liar dari genus Nepenthes dalam keluarga tumbuhan Nephenthaceae adalah agak unik penampilannya dan sangat menarik untuk dijadikan sebagai tanaman hiasan.
Keunikannya adalah terletak pada bekas atau pundi-pundi berbentuk seperti karung yang tumbuh di hujung daun matang.
Nama gelarannnya ialah pokok periuk kera kerana dikatakan kera sering meminum air yang terdapat di dalam pundi-pundi di hujung daun tersebut.
Ia adalah sejenis tumbuhan pemanjat yang tumbuh meliar di hutan belantara di negara ini tetapi kini kian popular ditanam sebagai tanaman hiasan yang unik dan menarik.
Terdapat lebih kurang 70 jenis spesies dan beratus-ratus lagi jenis hibrid atau kacukan dalam pelbagai saiz pokok dan juga bentuk pundi-pundinya.
RAFFLESIA








5 comments:

TUMBUHAN DIANCAM KEPUPUSAN

ANGGERIK MERPATI Anggerik merpati merupakan antara orkid liar yang paling mudah dijumpai di Malaysia. Ia merupakan sejenis tumbuhan ...